bercerita tentang ramadhan tidak akan lengkap jika tidak diselitkan cerita tentang al-quran. seperti bercerita tentang buka puasa tapi tiada cerita kurma berbisik 'yusoof taiyubb..'. seperti bercerita tentang tarawih tapi tiada cerita bilal yang bersemangat mengalunkan 'subhana malikil ma'bud..' seperti bercerita tentang sahur tapi tiada cerita tentang muka muka separa sedar antara mimpi dan realiti. seperti cerita tentang bazar ramadhan tapi tiada cerita tentang karipap inti oksigen.
jadi cerita hari ini adalah cerita tentang ramadhan dan al-quran. tentang ramadhan yang sudah sampai hari ke-sepuluh dan tentang orang orang yang membaca al-quran.
"bulan ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil)..." [al-baqarah; 185]
mungkin sudah ada yang habis khatam tiga puluh juzuk selama sepuluh kali berturut turut. yang membaca sehari tiga puluh juzuk habis sendirian. ini biasa untuk para hafiz quran. atau mungkin mereka yang ada dalam kumpulan odoj (atau odoq lebih tepat) yang mensasarkan sehari habiskan satu quran. katakan dalam kumpulan odoq ini ada tiga puluh orang semuanya. jadi, pembahagiannya sehari satu orang cuma perlu habiskan satu juzuk. bila dikumpulkan maka lengkaplah tiga puluh juzuk. matematiknya begitu. dan sepanjang sepuluh hari ini, mereka istiqamah khatamkan ql-quran sepuluh kali. make sense kan.
mungkin ada yang sudah selesai habiskan sepuluh juzuk daripada al-quran. yang mudahnya, mereka membaca satu juzuk setiap hari. mereka istiqamah dari hari pertama ramadhan. maka, hari ke-sepuluh adalah juzuk ke-sepuluh. atau mungkin mereka yang ada dalam kumpulan odoj, yang meletakan sehari satu juzuk sebagai target. katakan dalam kumpulan itu ada dua puluh orang. satu juzuk al-quran ada dua puluh muka kecuali juzuk pertama yang ada dua puluh satu muka dan juzuk tigapuluh yang ada 23 muka. jika setiap seorang istiqamah membaca satu muka sehari, bila dikumpulkan dua puluh muka atau satu juzuk sehari itu mudah. hari ke-sepuluh bermakna kumpulan mereka akan menyelesaikan bacaan dua ratus satu muka al-quran yakni bersamaan dengan sepuluh juzuk. matematiknya begitu.
mungkin ada yang mampu menghabiskan sepuluh muka sejak hari pertama ramadhan dengan bersendirian dengan bimbingan kawannya. sehari semuka secara istiqamah akan menyampaikan mereka ke lembaran sepuluh yang di mulakan dengan ayat ke- enam puluh dua dan di akhiri dengan ayat ke- enam puluh sembilan daripada surah kedua, al-baqarah.
mungkin ada yang berjaya menghabiskan satu surah ad-dhuhaa yang ada sebelas ayat semuanya dengan sendirian tanpa dibantu orang lain. matematiknya ialah, sehari mereka mencuba sekurang-kurangnya satu ayat. dari satu ayat ke satu ayat mereka istiqamah.
mungkin ada yang sudah mampu membaca ayat pertama dan kedua surah al-fatihah dengan lancar tanpa tersekat sekat. ada sembilan kalimah semuanya dalam dua ayat ini. sepuluh hari ini mereka istiqamah untuk melengkapkan gabungan lima kalimah dalam ayat pertama dan empat kalimah dalam ayat kedua.
atau mungkin ada yang sudah mampu mengingati dan mengecam dengan baik sepuluh huruf huruf pertama al-quran mengikut turutan daripada alif sehingga rho.
“barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-quran, maka baginya satu kebaikan. dan setiap kebaikan akan berganda sehingga 10 kebaikan. aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf {الـم}, akan tetapi alif itu satu huruf, lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf.” [riwayat at-tirmidhi]
nah begitulah ceritanya. jadi, walau di mana pun kedudukan anda, jangan berhenti. istiqamahlah. kita adalah orang orang beruntung untuk mampu berdampingan dengan al-quran sepanjang ramadhan ini. jika ada rasa rasa mahu kehilangan istiqamah ini, fikirkan bahwa ada orang lain yang sedang berusaha gigih untuk mampu menjadi seperti kita.
sudah tentu al-quran bukan cuma untuk dibaca habis berulang kali. ia perlu ditadabbur dan difahami kerana ia adalah manual hidup untuk manusia. tapi, ini boleh jadi bantu lompat untuk ke tahap seterusnya kan. so, #kipidap and #dongibab!
___________________________________
odoj= one day one juz
odoq= one day one quran
* kalau boleh, biarlah masa berlalu perlahan sepanjang ramadhan untuk menikmati setiap detik keberkahannya. tapi, kalau boleh jugak, harap harap masa berlalu cepat sebab ndak sabar mau balik tawau. macammana tu?
No comments:
Post a Comment