"ah,Muharram x kira..Muharram tak akan pindah ke sekolah tu!sekolah tu kolot la..eishh.."
"Muharram..kan ayah dah terangkan macam2.knapa keras kepala ni? mak dengan ayah suruh Muharram pindah masuk sekolah tu untuk kebaikan Muharram jugak.Muharram belajarlah sastera kat tahfiz tu."
"dah la tu emaknya..pedulilah apa nak jadi dengan budak ni.pening dah saya nak fikir.dia nak stay kat sekolah lama dia,lantak dialah.dia dah besar dah pun.."
"abang.macam tu je abang mengalah kat budak ni? kalau dia buat lagi benda2 x baek dengan kawan2 dia kat sekolah tu mcammana? saya dah tah tahan.."
di tengah malam penghujung tahun 1433 hijrah,suasana tegang menyelubungi ruang tamu rumah teres dua tingkat yang dihuni 5 beranak itu.runsing pak cik Safar dan mak cik Rabiah bertekak dengan anak sulung mereka,Muharram.
Muharram,16 tahun.dahulunya dia seorang anak yang baik,pelajar yang sangat baik pintar pula,genius lebih sesuai barangkali.tetapi,sesuatu telah mengubahnya sejak dia naik ke tingkatan 4.jiwa pramatangnya memberontak.acap kali pak cik Safar dipanggil datang ke sekolah berhadapan dengan guru penolong kanan berhubung masalah disiplin anak beliau.
macam2 masalah disiplin dibuat Muharram.anda sebut sahaja karenah budak2 asrama yang nakal zaman anda sekolah dulu,ponteng kelas prep? vandalism conteng pintu tandas? buli junior? curi buah tembikai bulat di dewan makan malam2? ponteng solat jemaah di surau? semuanya dilakukan Muharram dengan jayanya bersama kawan2nya G
eng Necktie Singkat di sekolahnya.merah juga muka pak cik Safar menjawab kepada pihak sekolah.kalau bukan kerana potensi baik yang ditunjukkan Muharram dalam setiap ujian akedemik,sudah guru penolong kanan itu tawar hati dengannya.
tapi,kali ini pak cik Safar tekad.dia mahu anaknya itu berubah.mungkin dia tersilap terlalu menekan anaknya untuk mengikut telunjuknya untuk menceburi bidang sains,sedangkan Muharram lebih berminat dalam lapangan sastera.oleh itu,dia mahu anaknya itu berkawan dengan orang2 yang baik,yang mampu merepair semula akhlak anaknya itu.lantas,selepas dicadangkan oleh seorang kenalan,dia bersetuju untuk menghantar anaknya itu ke sekolah tahfiz berdekatan taman perumahan mereka.dengan harapan,Muharram akan berubah sikap dan terus mengembangkan bakat sasteranya dalam aliran agama.
"ha,bagusla kalau ayah dah faham.Muharram dah x boleh tinggalkan kawan2 Muharram kat sekolah tu.kitorang dah lama bersama.nak masuk sekolah tahfiz buat apa? Muharram ne bukan budak baik dah pun.Ayah dengan mak jugak dulu yang beria-ia nak hantar Muharram masuk maktab sains tu.suruh jadi doktor la,jurutera la,saintis la,juru ukur la,padahal Muharram nak belajar sastera..
ayah dengan mak pun tahu kan,sekolah tu tak ajar subjek sains.macammana Muharram nak jadi macam cita2 ayah dengan mak tu.ah,pokoknya MUHARRAM tak AKAN PINDAH. LANTAKLAH!!"
muharram tiba-tiba menaikkan volume suaranya lebih kuat daripada biasa.terkejut habis emaknya.belum pernah Muharram berkelakuan begitu.
"MUHARRAM!! kenapa kurang ajar sangat ni! ha tu la,suka sangat baca buku novel2 merepek tu.cerita gaduh sana sini,cintan cintun,bahasa merepek entah pa pe.nak jadi mcam ramli awang mursid konon! lpas tu pegi kawan dengan budak2 xde moral kat sekolah.ahhh..aduhh..aduhhh.."
kembang kempis dada pak cik Safar memuntahkan lahar kemarahannya.penyakit asthma beliau datang lagi.merah mukanya menahan sakit.adik2 Muharram yang masih kecil Syawal,8 tahun dan Zulkeda,3 tahun terjaga dari tidur dan muncul di ruang tamu dengan muka terkebil-kebil.Zulkeda merengek2 mendapatkan mak cik Rabiah yang panik mencari-cari pil ubat asthma suaminya.
Muharram pula tanpa sebarang perasaan,bergerak keluar meninggalkan rumah.dicapainya talipon Xperia Miro diatas meja,hadiah harijadi ke-16nya yang baru saja diperolehinya malam itu dari ayahnya,konon2 mahu memujuknya..kunci motor EX5 abahnya diambil dari kocek seluar ayahnya yang digantung di belakang pintu bilik tidur.
"abang,abang nak pergi mana? abah macam sakit je tu.."
dengan muka 15sen,Syawal cuba menahan abangnya daripada pergi meninggalkan mereka.
"kau diam la! besok aku balik la.. pegi tidur."
tidak lama kemudian,kedengaran deruan bunyi enjin motosikal meninggalkan perkarangan hadapan rumah mereka.Muharram ternyata nekad mahu meleraikan keserabutan kepalanya di luar.ini pertama kali di berkelakuan demikian.
...
pagi itu,setelah semalaman bersiar bermotosikal berseorangan mengelilingi sekitar bandar yang kosong hampir dengan manusia itu berseorangan memikirkan masalahnya,Muharram pulang kembali ke rumahnya.dia sudah berfikir masak-masak,mungkin hangus.
sesampai di pagar rumah,Muharram kaget.rumahnya kosong.pintu dan pagar terkunci.selalunya,emaknya ada di rumah.dia tidak berkerja,sekadar menjadi suri rumah.ayahnya yang bertugas mencari nafkah memandu teksi.
Muharram mengeluarkan talipon dari koceknya.segera dihubungi emaknya.sekali.dua kali.kali ketiga barulah panggilannya berjawab.
"Assalamualaikum.hello Muharram.kamu di mana nak? Mak dengan adik2 ada kat hospital.ayah masuk ICU.datanglah sini nak..datanglah tengok ayah kamu.Ayah tengah kritikal.tak apala,Mak dah tak kesah kalau Muharram tak mahu pindah sekolah.datanglah sini nak..tadi ayah sebut2 nama Muharram,datanglah nak.."
lemah mak cik Rabiah menjawab.dia sudah malas mahu bertekak dengan anaknya itu.dia pasrah dengan kehendak anaknya itu.cuma satu harapannya,Muharram datang menjenguk mereka di hopital.
"Mak kat hospital ABC ke?"
"Ya nak..ayah cari kamu..cepatlah datang nak.."
jiwa keras Muharram terpukul mendengar berita ayahnya yang sedang kritikal itu.ayahnya tempat mereka sekeluarga bergantung.kalau apa2 terjadi kepada ayahnya,mereka sekeluarga pasti susah.talipon di tutup tanpa jawapan balasan kepada emaknya.Muharram segera bergegas ke hospital.ada sekelumit kesal di hatinya bertindak bangang semalam.
...
"Mak,Ayah macamana?"
"Muharrammm..ayahh kamu..ayahh kamu dah..ayahhh..dah xde nak..ayah dah pergi nak.."
penuh sebak,sebutir demi sebutir ayat dituturkannya.tidak mampu diluahkan dengan sekali lafaz.terlau berat.mak cik Rabiah terduduk lemah di kerusi menunggu luar wad ICU.matanya merah.air mata hangat(walaupun dalam suasana dingin beraircond) masih lagi mengalir membasahi pipinya yang mula terlukis kedut2 penuaan.Syawal dan Zulkeda terlena di atas kerusi.penat menunggu semalaman.mereka tidak mengerti.
"ahh!! mak tipu.ayah kat wad mana? Muharram nak jumpa.Muharram nak bagitau ayah,Muharram akan pindah ke sekolah tahfiz tu.mana ayah mak?"
Muharram enggan.enggan mengiyakan kata2 emaknya itu.segera dia meluru ke pintu wad dihadapan tempat duduk emaknya.dilihatnya jururawat sedang menutup muka ayahnya dengan sehelai kain putih.muka ayahnya pucat lesi.begitu juga airmuka Muharram.air mata mula bergenang.jatuh setitik demi setitik.gerimis mengundang.
"Ayahhh!! Muharram dah datang ayah,Muharram dah datang..maafkan Muharram ayah.Muharram minta maaf..Muharram akan berubah ayah.Muharram janji..mak,bagitau ayah mak,Muharram dah datang.Muharram akan ubah sikap Muharram.Muharram janji.Muharram nak ubah nasib keluarga kita.bagitau ayah mak.."
Muharram merintih syahdu dengan melodi yang kucar kacir.dia melutut.lemah kakinya.tidak lama kemudian dia terduduk bersandar longlai di dinding putih hospital yang menjadi penonton bisu drama perit mereka sekeluarga..
[selesai]
sekali lagi.cerita rekaan semata.