Saturday, February 19, 2011

kembali menulis

salam'alaikum..
agak lama blog 'saya punya' gersang tanpa ada post yang baru.Bukan disebabkan bosan,tapi sedikit sibuk dengan pelbagai aktiviti beberapa tempoh kebelakangan ini.Ditambah pula dengan kekeringan idea untuk menulis menyebabkan blog 'saya punya' sunyi..


di post ini,saya ingin berkongsi sedikit ilmu berkaitan aurat suara..

Apa hukumnya wanita bernasyid?

Wanita sebenarnya tidak salah bernasyid juga membuat persembahan nasyid.Tapi dengan beberapa syarat,iaitulah:
  • tidak ada penonton lelaki ajnabi
  • tiada bunyi muzik kecuali kompang dan seumpamanya
  • tiada permainan alat muzik kecuali kompang dan seumpamanya
Adapun lelaki ingin mendengar suara perempuan boleh,hanya jika ianya tidak menimbulkan fitnah.Tetapi adatnya suara perempuan yang dilenggok-lenggokkan akan mempersonakan hati lelaki.Maka jadi timbul fitnah..

Maksud fitnah itu ialah timbul syahwat atau keinginan nafsu dengan sebab melihat,menyentuh ,mendengar dan sebagainya.Sebagai contoh,seorang lelaki melihat muka perempuan ajnabi timbul rasa teringin kepadanya,dengar lenggok suara rasa tertarik hati,terbayang-bayang akan orangnya.Bahkan kalau dengan sesama lelaki mahupun pokok atau binatang sekalipun,jika timbul syahwat maka haram

Kesimpulannya,pastikanlah kita mendengar alunan bunyi muzik yang dibenarkan agama.Peliharalah pendengaran dan penglihatan kita agar kita selamat daripada azabNya di akhirat kelak..^_~


No comments:

Post a Comment